Sejarah Cina Ke Belaga

Posted: Mac 3, 2022 in Uncategorized

SEJARAH CINA BELAGA

Siapakah orang Cina pertama menetap di Belaga? Menurut cerita, keluarga Cina pertama di Belaga adalah Neo Teck Hua (Daniel Chew, 1990:88-89). Beliau mula berdagang, mengguna perahu sekitar tahun 1880. Dibantu oleh enam orang tempatan, beliau berdagang sehingga ke Lusong Laku, di kalangan Kayan, Kenyah dan Penan (dipanggil Punan oleh Kayan dan kenyah).

Beliau menjual manik (beads), kain, dan tembikar. Manik dianggap barangan mewah dikalangan Kayan, Kenyah dan Kajang.

Menurut Neo Teck Hua, bapa beliau pernah melarikan diri dari Penan di Lusong Laku sekitar tahun 1910. Ini ekoran beberapa tahun sebelum itu, ramai Penan menjadi mangsa kepada orang Iban. Kebetulan Neo memiliki senapang, lalu menembak ke arah Penan yang menyerang mereka. Penan kemudian lari bertempiaran.

Dari Penan, Kayan dan Kenyah Neo mendapat damar, getah percha, dan jelutong. Barangan tersebut kemudian dijual oleh beliau samada di Kapit, Kanowit atau Sibu. Menurut Neo, perjalanan dari Kapit ke Belaga pada masa tersebut mengambil masa dua atau tiga hari bergantung kepada keadaan air sungai.

Selepas kubu Belaga (Fort Vyner) siap tahun 1884, jumlah Cina berniaga di Belaga semakin bertambah. Pada tahun 1896, seorang pedagang Cina mati dibunuh oleh Kenyah dari Baluy. Kisahnya, seorang Kenyah tidak berpuashati dengan harga barang (getah perca) yang diberi oleh peniaga. Selepas itu, beliau diejek pula peniaga Cina tersebut bersama orang suruhannya. Akhirnya Orang Kenyah bertindak balas dengan membunuh tauke Cina itu.

Kes tersebut langsung diberitakan kepada Raja di Kuching. Beberapa bulan lepas itu Rajah Charles Brooke mengarahkan beribu-ribu Iban dari hilir Rejang untuk melancarkan Badeng Expedition 1896, dikenali juga sebagai second Kayan Raid (Peter Metcalf 2010).

Akibatnya, beribu-ribu Kayan, Kenyah, Kajang terpaksa melarikankan diri dan tidak kurang yang mati. Laporan mengatakan lebih 400 orang menjadi mangsa Badeng Exepdition, majoriti adalah kaum Kajang (Punan, Sekapan dan Kejaman) kata Jayl Langub (2016). Namun, jumlah sebenar korban Badeng Expedition tidak diketahui.

Paling terkesan adalah kaum Punan. Brooke Low melaporkan terdapat 7 buah rumah Panjang Punan pada tahun 1882, empat Kejaman, dan dua Kayan di antara Pelagus dan Belaga. Selepas Badeng Expedition tahun 1896, hanya tinggal 3 buah rumah panjang Punan di Rejang. Manakala Kejaman (2), dan kesemua komuniti Kayan di Sungai Sama (dekat Pelagus) berpindah ke Baluy.

Kini, ada keluarga Cina di Belaga, lebih fasih berbahasa Kayan, Sekapan, Kejaman, Kenyah, dan Penan berbanding Mandarin. Ramai juga yang telah berkahwin dengan orang tempatan.

Sumber: https://www.facebook.com/punanrights/

Pada kali ini mari kita lihat ringkas maklumat penting berkaitan Tuba. Tuba atau nama saintifiknya Derris Elliptica merupakan sejenis tumbuhan yang hidup di kawasan lembap berpaya dan di pinggiran sungai. Ada jenis tuba ini menjalar dan sangat mudah untuk tumbuh secara vegetatif (QudRiFarm:2017)

Pokok Tuba Jek

Berbalik kepada kepentingan Tuba kepada masyarakat Kenyah Badeng, tuba telah digunapakai atau diamalkan sejak dari turun temurun. Tuba ini merupakan satu tanaman yang wajib bagi masyarakat Kenyah Badeng walaupun sejak zaman hidup berpindah pindah dahulu.

Secara ringkasnya, (2)dua kengunaan utama Tuba iaitu untuk menangkap ikan dan digunakan dalam rawatan atau perubatan tradisional masyarakat Kenyah Badeng.

Sebelum itu, Tuba dalam etnik kenyah terdapat 7 jenis pokok/tumbuhan yang berlainan namun fungsinya agak sama namun ada perbezaan daripada habitat dan setrusnya dari segi kegunaannya dalam rawatan.

Menurut sumber temubual bersama Ketua Kampung Lepo Badeng (En. Nyaban Kulleh) dan beberapa orang tua yang memang mengamalkan tradisi rawatan tuba, berikut adalah jenis-jenis tuba dan kenggunaannya;

1. Tuba Siting – Ini merupakan sejenis pokok yang betul- betul mirip atau menyerupai tuba sebenar. Namun pokok ini tidak ada fungsinya. Dijika digunakan untuk menangkap ikan, ikan pun tidak mati. Oleh itu, ramai juga yang boleh terkeliru dengan tuba siting ini.

Tuba Siting

2. Tuba Nep– Sejenis Pokok yang tinngi dan tumbuh di dalam hutan sekunder (temudak). Menyurapai pokok Petai. Kulit pokok ini digunakan oleh masyarakat dahulu untuk menangkap ikan. Kulitnya dilumat atau ditumbuk sehingga mengeluarkan air dan buih yang sangat banyak. Namun ya jarang digunakan kerana sukar untuk mendapatkan hasil ikan kerana buih yang sangat banyak dan air boleh keruh.

3. Tuba Apek – Sejenis pokok dan tumbuh di hutan primier. Pokoknya tinggi. Kulit pokok ini dikopak, ditumbuk sehingga lumat semasa proses untuk menangkap ikan. Cecair yang dikeluarkan daripada kulit kayu ini boleh memabukkan ikan. Sebab itulah ianya diketogerikan tuba dalam masyarakat kenyah Badeng.

4. Tuba Sekilang – Sejenis pokok yang boleh didapati di kawasan bekas ladang/ huma. Kegunaannya sama juga untuk menangkap ikan secara tradisional. Namun tuba jenis ini selalunya digunakan di sungai yang kecil dan cetek. Tuba ini tidak sesuai untuk menangkap ikan di sungai yang dalam kerana ia boleh memedihkan mata.

5. Tuba Bayak- menurut sumber mereka belum pasti maklumat berkaitan dengan tuba jenis ini. Namun mereka dicerita oleh nenek moyang bahawa tuba ini juga diklasifikasi sebagai tuba.

6. Tuba Jek- Jenis pokok atau tumbuhan yang menjalar. Sangat sesuai dan mudah ditanam. Akarnya pendek dan hanya sekitar pokok. Tuba jenis ini paling kerap digunakan kerana ia dapat digunakan untuk tujuan menangkap ikan dan digunakan dalam rawatan tradisi kaum kenyah Badeng.

7. Tuba Aka – Jenis tumbuhan yang menjalar. Boleh menjalar sehingga 10 meter tinggi. Akarnya lebih panjang menjalar banding dengan TubaJek .Seperti tuba jek sangat berguna dalam perubatan tradisi dan penangkapan ikan. Pokok ini boleh didapati di kawasan pinggiran sungai dan kawasan lembap.

Bila direbus airnya keputihan

Pada kesempatan ini kita bawa kita mengenali jenis-jenis tuba dan tabiatnya serta habitatnya. Pada bab akan datang kita akan belajar kaeadah penggunaannya dalam rawatan tradisional etnik Kenyah Badeng secara mendalam. Sekian, semoga bermenfaat. Sharing is caring!!

SUKU BADENG LONG GENG

Posted: September 7, 2021 in Uncategorized
LONG GENG

Kisah Badeng Long Gang Seperti yang kita ketahui dan sedia maklum, kawasan hulu sungai adalah sinonim dengan masyarakat orang ulu. Dahulu kala, etnik orang ulu suka hidup berpindah randah untuk mencari makan. Nama orang ulu dibuat oleh kerajaan Sarawak bertujuan untuk gelaran khas kepada gabungan kesemua suku kaum yang tinggal di hulu sungai seperti Kayan, Kenyah, Kajang, Lun Dayeh, Penan, Ukit, Beketan, dan etnik-etnik minoriti lain yang kita tidak sebutkan disini.

Salah satu sub-etnik Orang Ulu Kenyah yang kita akan fokuskan disini adalah Kenyah Badeng. Sejarah kewujudan etnik Kenyah Badeng di Sarawak mempunyai kisah tersendiri. Ratusan tahun dahulu, Kenyah Badeng telah mendiami sebuah tempat di hulu Sungai Murum iaitu Usun Apau Sungai Peliran dan Sungai Danum. Selain Kenyah Badeng, ada juga etnik minoriti Orang Ulu lain yang turut mendiami Usun Apau Sungai Peliran dan Sungai Danum. Semasa tinggal di Usun Apau, Kenyah Badeng tidak dapat lari dari sejarah hitam, krisis peperangan dengan jiran bersebelahan, iaitu etnik Lahanan di Batu Biyang dan etnik Kejaman di Sawa’ Latai. Krisis perang ini berlaku atas sebab-sebab tertentu.

Bercakap tentang era pemerintahan Brooke di Sarawak, etnik Kenyah Badeng salah satu etnik yang enggan tunduk dibawah kuasa Rajah Brooke. Rundingan demi rundingan telah diatur oleh kerajaan Brooke untuk membawa etnik Kenyah Badeng supaya tunduk seperti kebanyakan etnik-etnik yang lain. Namun, Ketua etnik Badeng berkeras untuk melawan dan beliau mengistiharkan bahawa Usun Apau adalah Wilayah Kenyah Badeng yang tidak perlu campurtangan pemerintah lain. Alasan demi alasan dicari oleh Kerajaan Brooke untuk menundukkan Kenyah Badeng, namun tidak berjaya. Akhirnya, pada tahun 1895 dan tahun 1896, kerajaan Brooke telah menghantar tentera upahan yang terdiri dari bangsa pribumi Sarawak sendiri untuk menyerang Usun Apau. Kerajaan Brooke mengatakan bahawa serangan tersebut dibuat sebab Kenyah Badeng selalu mengancam etnik lain yang tinggal berdekatan dan juga dituduh bertanggungjawab dalam pembunuhan terhadap bangsa lain sekitar mereka.

Pertempuran berlaku di tiga buah tempat iaitu di Long Taa, Long Ca’ dan Long Petan. Ketiga-tiga tempat tersebut mempunyai bilangan penduduk yang kecil sahaja. Sebuah tempat yang mempunyai penduduk paling ramai ialah Long Ampan Aing. Tentera upahan Brooke tidak berani bertempur dan mengundur diri sebab ‘firasat’ (bad omens) mengatakan perkara buruk akan berlaku terhadap mereka sekiranya tetap maju. Selepas kejadian perang tersebut, etnik Kenyah Badeng tetap tinggal di Usun Apau. Pada April 1899, satu Perjanjian Damai telah dibuat oleh Kerajaan Brooke di Marudi bertujuan untuk berdamai dengan Kenyah Badeng. Wakil semua etnik dijemput hadir dan rundingan tersebut menemui satu kata putus supaya tiada lagi perang berlaku. Upacara ritual angkat sumpah (petutung) dengan darah babi dibuat. Seramai 6000 pahlawan kesemuanya yang hadir dalam pertemuan tersebut dimana ia dikatakan kehadiran perjanjian damai klasik yang paling ramai dalam sejarah kerajaan Brooke.

Selepas perjanjian damai tersebut, ketua etnik Kenyah Badeng masih kurang percaya dengan Kerajaan Brooke dan beliau menganggap ia cuma sebuah muslihat kerajaan. Ditambah pula oleh “Penglihatan” daripada seorang yang mempunyai “Bali Dayung”, yang juga mengatakan bahawa akan ada lagi satu serangan ke Usun Apau menyusul. Dari Usun Apau, etnik Kenyah Badeng telah berpecah kepada beberapa tempat iaitu ke Sungai Bahau(Alo Ba’u) Kalimantan Indonesia, Long Boi Kalimantan Indonesia dan Lio’ Mato Baram Sarawak. Kumpulan yang ramai ialah yang berpindah ke Long Boi. Mereka tinggal di Long Boi tidak lama sebab terlalu dekat dengan Kenyah Lepo Tau, lalu mereka berpindah ke Long Batang, jauh sedikit dari Kenyah Lepo Tau.

Hubungan antara Kenyah Badeng dengan Kenyah Lepo Tau adalah sangat baik seperti adik beradik. Pada 16 November 1924, satu lagi Perjanjian Damai diatur oleh Kerajaan Brooke, bertujuan untuk perdamaian antara Kayan Kenyah dari hulu Batang Rajang dan Kayan Kenyah dari Apau Kayan dengan Iban dari Batang Ai dan Iban dari Batang Rajang. Sebanyak 95 buah perahu dari Apau Kayan hadir dalam perjanjian damai tersebut yang diketuai oleh Tama Kila. Seramai 4000 pahlawan berkumpul dalam perjanjian Damai di Kapit tersebut. Dalam perjanjian damai tersebut, tidak ada lagi etnik dibenarkan menyerang (ngayau) etnik lain. Selepas perjanjian damai tersebut, satu kumpulan Kenyah Badeng dari Long Batang datang ke Sarawak untuk berunding dengan kerajaan Sarawak perihal perpindahan semula ke Usun Apau. Perjumpaan tersebut diadakan di Musang Maling (Sibu) dan Kerajaan Sarawak menerima baik dan bersetuju dengan rancangan perpindahan semula Kenyah Badeng tersebut.

Wakil dari kerajaan Sarawak hadir ke Long Batang untuk berunding dengan Kerajaan Belanda yang memerintah Kalimantan ketika itu. Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Belanda menemui kata putus dan bersetuju dengan perpindahan tersebut. Akhirnya, pada tahun 1927, satu kumpulan kecil Kenyah Badeng (60 keluarga) meninggalkan Long Batang untuk balik semula ke tempat asal mereka di Usun Apau. Kumpulan yang ramai pula tidak dapat menyertai perpindahan tersebut atas alasan tertentu. Perjalanan kumpulan Kenyah Badeng dari Long Batang , Apau Kayan Kalimantan ke Sarawak adalah menyusuri dari hulu Sungai Baliw (Batang Rajang). Mereka memasuki sungai Linau dan tinggal di Long Besungai. Lebih kurang 1 tahun di muara Long Besungai, mereka berpindah semula ke Data Bonget(Leka’ Pada), yang mana masih lagi dalam aliran Long Besungai. Lebih kurang 2 tahun di Data Bonget, mereka berpindah ke Sungai Tekulang. Mereka menetap agak lama di Sungai Tekulang.

Sejak beberapa tahun disana, mereka rasa tanah untuk mencari makan tidak berapa sesuai. Lalu mereka bermesyuarat untuk berpindah samaada ke Usun Apau atau ke Lusong Laku. Hasil perbandingan, Lusong Laku yang belum diduduki ketika itu, agak banyak kelebihan berbanding Usun Apau. Akhirnya, mereka memutuskan untuk berpindah ke Lusong Laku. Khabar tentang rancangan perpindahan Kenyah Badeng ke Lusong Laku telah sampai ke pengetahuan pihak pentadbiran Belaga. Mereka melarang dan tidak membenarkan perpindahan tersebut. Sebaliknya mereka mencadangkan agar Kenyah Badeng menetap di Long Gang, Keluan. Namun, ketika itu tempat tersebut telah diduduki oleh Kayan Uma Lesong. Pentadbiran Belaga telah mengatur agar Kayan Uma Lesong mengosongkan kawasan tersebut untuk diserahkan kepada Kenyah Badeng. Akhirnya, pada tahun 1946, Badeng Tekulang berpindah ke Long Gang, Keluan. Walaubagaimanapun, tidak semua mereka bersetuju pindah ke Long Gang, Keluan.

Oleh sebab itu, ada beberapa keluarga telah berpindah ke Long Malim Sungai Danum dan ada juga beberapa keluarga yang tetap tinggal di Tekulang. Ketua di Long Gang telah mendesak agar kumpulan yang berpindah ke Long Malim dan Kumpulan yang tetap tinggal di Tekulang agar menyertai beliau ke Long Gang, Keluan. Akhirnya, semua mereka bersatu semula di Long Gang Keluan apabila campurtangan pihak berkuasa. Persempadanan kawasan dibuat oleh pentadbir Belaga bahawa kawasan Badeng adalah dari Giam Talang ke hulu. Selepas beberapa tahun menetap di Long Gang sungai Keluan, satu kumpulan kecil Kenyah Badeng dari Long Betao Kalimantan datang menyertai Badeng Long Gang. Mereka diterima dengan baik oleh Ketua Badeng Long Gang.

Namun, beberapa tahun tinggal bersama, kumpulan kecil dari Betao tersebut minta berpindah semula, dan akhirnya mereka berpindah ke Uma Nyaving Long Mejawah. Sekolah Rendah Kerajaan Long Gang telah dibina dan dibuka pada tahun 1965. Sejak sekolah ini dibuka, ramai Kenyah Badeng yang celik huruf. Sebelum itu, kebanyakan mereka buta huruf. Kemudahan klinik juga telah diberi kepada penduduk Long Gang. Mereka berasa sangat selesa dan terus hidup menetap tanpa berfikir untuk berpindah lagi.Pada 15 November 1998, sekali lagi perpindahan yang luarbiasa berlaku. Namun kali ini bukan atas kehendak sendiri, tapi atas paksaan kerajaan sebab Empangan Bakun. Semua penduduk yang terjejas oleh Empangan Bakun dipaksa berpindah ke penempatan semula di Sungai Asap, Apau Koyan. Kenyah Badeng Long Gang, Keluan ditempatkan di kawasan penempatan semula tersebut dengan nama baru Lepo’ Badeng Sungai Koyan. Namun, ada yang tidak bersetuju dengan perpindahan tersebut dan balik semula ke tapak lama Sungai Tekulang, yang diberi nama Long Lawen. Ada juga beberapa keluarga yang berpindah ke tapak lama Long Malim Sungai Danum.

Malang menimpa kumpulan yang berpindah ke Long Malim Sungai Danum sebab sekali lagi dipaksa berpindah akibat Empangan Murum. Kenyah Long Malim diletakkan di penempatan semula yang diberi nama Malim Kenyah. Kini, kumpulan kecil Kenyah Badeng yang balik semula ke Sarawak pada tahun 1927 terbahagi kepada 5 tempat iaitu Badeng Koyan, Badeng Long Lawen, Badeng Magan, Badeng Sekilut dan Malim Kenyah Badeng. Sebagai kesimpulan, Etnik Kenyah Badeng yang dahulunya bersatu di Usun Apau, kini tinggal berselerakan di beberapa tempat di Sarawak dan Kalimantan Indonesia. Di Sarawak Kenyah Badeng tinggal di Data Kakus, Long Busang, Long Dungan, Long Biak, Senep, Long Koyan, Long Lawen, Magan, Sekilut, Malim Kenyah, Sungai Dangang, Lio’ Mato, Long Urun Anthony dan Long Urun Asmidy. Manakala di Kalimantan Indonesia, ialah di Long Betao, Long Bena, Long Peliran, Binai dan Bena Baru.

Sumber: <a href="http://<iframe src="https://www.facebook.com/plugins/post.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fachilles.arshang%2Fposts%2F4532528840165037&show_text=true&width=500&quot; width="500" height="303" style="border:none;overflow:hidden" scrolling="no" frameborder="0" allowfullscreen="true" allow="autoplay; clipboard-write; encrypted-media; picture-in-picture; web-share">Cikgu Gani Kiin

Cubaan pertama casting: prof

Alkisahnya bermula kira bermula tahun 2016. Saya membuka komen dan email-email seperti kebiasan di dalam blog mahupun page facebook. Saya melihat ada satu notifikasi yang saya agak tertarik lalu terus membukanya. Email tersebut dari seorang yang cuba minta bantuan untuk mengurus perjalanannya ke pedalaman.

Pada mulanya saya belum ada masa untuk membalas email tersebut kerana banyak kerja lain yang dibuat. Pada minggu selanjutnya saya menerima notifikasi email dari orang yang sama. Kali ini dia minta nombor telefon untuk dihubungi. Dengan ringkas saya membalas dan selitkan nombor peribadi saya.

Selang beberapa hari saya dihubungi oleh seseorang dan dia perkenalkan diri lalu memberitahu bahawa dia yang menghubungi blog saya selama ini. Kemudian saya pun terus memberi segala maklumat berkaitan bagi mejawap segala persoalan yang ditanya termasuk bagaimana mengurus perjalanannya ke Tasik Bakun

Danum

Tanpa menanya latarbelakang dia, saya pun tidak sempat nak tanya soalan sebab hanya menjawab soalannya. Hanya yang sempat dia perkenalkan dan memaklumkan dia dari sebuah universiti tempatan.

Maka bermulalah perjalanannya ke Tasik Bakun mengikut arahtuju yang saya dah nasihatkan. Semasa dalam perjalanan dia juga ada hubungi saya sekali sekala. Pengalaman di Bakun selama 3 hari 2 malam dibawakan oleh nelayan tasik bakun bermula disini.

Setelah balik dari trip tersebut, seminggu kemudian dia hubungi saya kembali lalu menjemput saya untuk berjumpa. Saya tidak menolak pelawaan dia pada hari itu untuk ngopi dikedai. Inilah pertama kali kami berjumpa, dari riak wajahnya dia seorang yang peramah dan baik. Saya pun perkenalkan diri saya. Kemudia bila dia perkenalkan dirinya dan terus menghulur 1 kad bisnesnya, saya terkejut rupanya orang yang sedang bersama saya ada seorang Professor Madya. Beliau dari segi bual bahasa yang ramah dan sangat rendah hati sehingga sanggup duduk minum kopi dengan seorang biasa.

Sikap beliau ini mrmbuat saya sangat teruja untuk lebih mengenali Professor. Maka setelah berkenalan beliau kerap bertsnya kabar dan mengajak untuk sekali sekala minum kopi. Beliau pun memberitahu niat untuk melihat kepada pelbagai pontensi yang boleh dibuat di bakun atas kapasiti brliau dan orang tempatan. Pembangunan, penyelidikan dan pelbagai perkara yang mungkin boleh dilakukan. Ini sangat menarik pada padangan saya.

Namun sebelum itu kami juga bercakap topik memancing. Jadi sebagai seorang pemancing inilah peluang untuk saya meracun dan bahasa kampungnya mengenjen si Proffessor. Saya terus memberitahu pengalaman memancing di bakun dengan bukti- bukti bergambar…maka bermulalah bab RACUN ITU BENAR dari si Cardock!! Cerita ini akan bersambung lagi gaiss!! Banyak lagi cerita bersama professor dari 2016- hingga hari ini. Dan kini saya seorang Pelajar dan penyelidik dibawah beliau…..

Empurau