Arkib untuk September 6, 2017

BELAGA: Empangan hidroelektrik ketiga, Sarawak Energy Bhd (SEB) dengan kemampuan penjanaan tenaga sebanyak 944-Megawatt (MW), Empangan Murum telah dirasmikan pada Selasa.

Pengerusinya, Datuk Amar Hamed Sepawi berkata empangan bernilai RM4.1 bilion itu merupakan projek empangan hidro ketiga selepas empangan Batang Ai yang mula dibina pada 30 tahun lepas.

“Kapasiti terpasang negeri ini telah bertambah daripada 1,300MW kepada 4,600MW. Ia dijangkakan meningkat kepada kira-kira 5,300MW menjelang 2020 dan akan melonjak kepada kira-kira 8,000MW menjelang 2025.

“Dominasi penggunaan tenaga hidro bermakna kos penjanaan yang lebih rendah dan pelanggan organik (bukan industri) di seluruh negeri, termasuk keseluruhan sektor membayar tarif tenaga yang murah dan ini adalah yang paling rendah di rantau ini,” katanya pada majlis pelancaran empangan tersebut yang dibuat oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.

 Hamed berkata ketidakstabilan harga bahan api fosil juga tidak memberi kesan kepada tenaga hidro dan ia juga memainkan peranan yang besar dalam memelihara iklim di mana penjanaan kuasa hidro telah mengurangkan pelepasan karbon sebanyak hampir 60 peratus.

“Sarawak perlu sistem pembekalan elektrik yang moden dan pelaburan kami dalam sistem penjanaan, penghantaran serta pengagihan bakal menjadi antara yang terbaik di rantau ini.

“Kami sedang mengeksport tenaga kami ke Kalimantan Barat dan tidak lama lagi ke Sabah dan Brunei, sementara Kalimantan Utara, Indonesia juga mahukan kami untuk membangunkan bekalan kuasa mereka,” katanya.

Hamed berkata SEB juga merupakan pemangkin kepada pelan pembangunan perindustrian Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) dan menjadi sebahagian daripada strategi bagi mencapai kemakmuran ekonomi.

“Kejayaan SCORE adalah jelas dalam mempercepatkan pertumbuhan permintaan yang mencatatkan peningkatan sebanyak empat kali ganda jualan tenaga iaitu 4,700 gigawatt jam (Gwh) pada tahun 2009 kepada lebih 20,000Gwh pada tahun ini.

“Permintaan tetap untuk industri intensif tenaga SKOR dan pelanggan luar negeri adalah melebihi 3,000MW,” katanya.

Katanya, lebih 90 peratus daripada penduduk Sarawak mempunyai akses kepada bekalan elektrik, termasuk di kawasan penempatan semula Murum.

“Kami berharap untuk menjadi peneraju utama Sarawak di rantau ini dalam pembangunan tenaga seperti Petronas dalam industri petroleum Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Tips Casting Sebarau Murum/Bakun

Posted: September 6, 2017 in Uncategorized

FHD0113

Salam sahabat Casters dan pengikut blog ini yang kami sayangi. Kali ini admin nak kongsikan sikit tips dan teknik casting/mengilat Sebarau di Murum dan Bakun dari kaca mata dan pengalaman sendiri.

Bukannya nak menunjuk ataupun nak tunjuk pandai atau kehandalan, namun sekadar kongsikan pengalaman kita sepanjang memburu sang Belang di tasik ini. Kita pasti ramai lagi master sifu yang lebih hebat dan pakar dalam casting sebarau di luar sana.

Namun kadang-kadang tekniknya berbeza-beza mengikut tempat. Sang belang Bakun dan Murum adalah sangat aktif dan sangat peka terhadap mangsanya. Antara tip dan saranan;

1. Pilihan Lure/Gewang

Sebarau murum/bakun sangat menyukai warna yang terang dan berkilat. mengikut pengalaman kita disini, gewang berwarna hijau terang, merah, emas, oren sangat mencakup. Antara gewang yang sudah di cuba dan sangat killer ( Salmo Hornet, Rapala X-Rap,  Blade gold&Silver, Siam Spoon gold, Island Spoon, Starlit Spoon dan banyak lagi)

2. Teknik Karau Laju

Di Bakun/Murum kita telah bersama ramai rakan yang datang dari Semenajung Malaysia, Singapore, Jepun dan rakan Lokal. Pertama kali sampai ke Lubuk ini kita saksikan pelbagai teknik karauan yang hebat. Namun teknik paling menarik perhatian di tasik ini adalah teknik karauan laju. Tarik atau karau gewang dengan kelajuan maksimum. Teknik ini pasti membuat sebarau disini keliru dan akan menyentap dengan ganas.

Namun cara teknik juga akan berbeza melihat pada keadaan sungai pada masa tersebut. Sekiranya musim hujan dan agak keruh, maka bolehlah perlahankan sedikit teknik karauan anda.

3. Pilihan braid/tali pancing

Di Bakun/Murum braid atau tali pancing yang disarankan adalah 30lb ke atas. ini lebih selamat. mengikut pengalaman kita disini kekuatan sang sebarau kadang tidak boleh dijangka. Selalunya yang kurang dari 30lb ini boleh mengecewakan sang pemburu. Selain itu perambut juga sangat penting untuk pastikan lebih selamat sentapan

4. Kekuatan Rod/Joran

Setakat ini rod paling sesuai disini adalah dengan kekuatan 8-20lb, 18-24lbs. Di Bakun/Murum sangat banyak kayu dan ranting pokok. untuk elakan Sang sebarau membawa gewang anda ke celahan pokok2 ini lebih selamat gunakan Rod yang lebih kuat.

Segala tip diatas hanyalah untuk perkongsian semata….mohon teknik dan pengalaman rakan yang lain. terima kasih. selamat mencuba…

Antara Ikan Termahal di Malaysia

Posted: September 6, 2017 in Uncategorized
Malaysia adalah negara yang sangat terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang sedap. Makanan di Malaysia boleh dilabel dari kategori paling mahal hingga paling murah. Jadi di sini disenarai tiga ikan paling mahal di Malaysia.
Ikan Empurau


Ikan Empurau berharga RM750 sekilogram harga di Kapit Sarawak. Ikan air tawat ini hanya boleh ditemui di Sarawak sahaja. Ikan ini berhaga mahal kerana ianya terkenal dengan rasa daging yang manis, daging ikan yang lembut dan kulit yang licin.
Kenapa ikan ini begitu mahal, kerana ikan ini hanya memakan buahbuahan seperti ‘Engkabang Fruit’ dan Ensurai sahaja. Ikan ini juga pernah dijual di pasar ikan Kuching boleh mencecah harga RM2,000 sekilogram.
Ikan Jelawat


Ikan Jelawat mempunyai sifat yang sama seperti Ikan Empurau iaitu ikan ini mempunyai rasa daging yang manis serta isi ikan yang lembut. Ikan ini hanya memakan buah-buahan yang terdapat di muara sungai. Ikan ini berharga RM320 sekilogram, jadi hanya yang benar-benar mampu sahaja mampu memesan hidangan ikan ini.
Ikan Semah

Ikan ini hanya memakan buah-buahan di muara-muara sungai. Bagi yang ingin memakan ikan ini, mereka perlu menyediakan wang sebanyak RM300 bagi setiap sekilogram berat ikan ini.
Sungguhpun harga ikan ini mahal tetapi amat berbaloi kerana rasa ikan ini amat manis dan terlalu lazat.
Ikan Patin Muncung


Harga ikan Patin Muncung Sungai Pahang mendominasi senarai harga ikan air tawar di negeri tersebut apabila mencecah RM280 hingga RM300 sekilogram.
Permintaan bagi ikan Patin Muncung biasanya untuk ikan yang mempunyai berat sekitar satu hingga tiga kilogram. Bagi yang bersaiz lebih besar, harganya murah sedikit tetapi masih melebihi RM200 setiap kilogram.
Ikan Ketutu


Setiap kali mendengar nama Ikan Ketutu, pasti di kalangan kita cuba membayangkan bentuk fizikal dan keunikan yang terdapat pada ikan tersebut. Ikan Ketutu juga dikenali dengan nama saintifiknya Marbled Goby. Di kalangan masyarakat kampung, ikan ketutu lebih sinonim dengan panggilan haruan bodoh, ikan hantu dan belantuk atas sebab fizikalnya lain daripada ikan yang biasa dilihat.
Harga pasaran semasa ikan ketutu yang masih hidup ialah RM100 sekilogram. Harga ikan ketutu yang siap dimasak di restoran-restoran pula adalah RM150 sekilogram di Kota Kinabalu, Sabah.
Sumber: mynewsvibes.blogspot.com