Mercu Belawing: Malaysia Books of Records

Posted: Oktober 19, 2020 in Uncategorized
Belawing Pebeka Tawai

‘Tallest Belawing Tower’ oleh Malaysia Books of Records yang terletak di Uma Baha, Sg. Apau Koyan.

Tungun Belawing Pebeka Tawai yang bermaksud “Tiang Belawing Yang Mempersatukan” merupakan Tiang Belawing yang tertinggi di Sarawak dengan ketinggian 24 meter.

Dengan ketinggian 24 meter atau 80 kaki, ia dibina dengan menggunakan Kayu Belian (Iron Wood) dan ukiran pada batang kayu Belawing ini juga disiapkan dalam masa 3 bulan sekaligus menjadi kebanggaan kepada kaum orang Ulu khasnya di Sarawak.

Tungun Belawing ini telah didirikan oleh penduduk kampung Uma Baha secara gotong royong dan siap pada 20 November 2014 serta menjadi mercu tanda kekuatan Adat dan Budaya bagi masyarakatnya.

Idea asal daripada pembinaan Tunggun Belawing ini merupakan hasil penyatuan beberapa orang pemimpin dalam usaha mengekalkan warisan dan budaya asal suku kaum Kenyah yang kian lesap ditelan zaman.

Mengikut kepercayaan kaum Kenyah suatu ketika dahulu, sebelum mendirikan Belawing ini, masyarakat kaum Kenyah akan mengadakan pemujaan kepada Asang Wan yang dikenali sebagai Tuhan agar proses mendirikan Belawing ini berjalan dengan lancar.

Kini ia menjadi simbol kebanggaan kepada masyarakat di sini.

Sumber: buletin kapit, Photos by Amit

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s